
AYUH KELUARGA MALAYSIA!
DEFINISI KELUARGA MALAYSIA
Setiap negara yang mahu bangkit daripada sebarang kemelut perlu mengenali sejarah. Individu yang mengenali sejarah akan memiliki jati diri yang kukuh dan saling menghormati. Justeru, Keluarga Malaysia yang dihasratkan ialah sebuah keluarga yang memiliki seluruh elemen yang kita semua sedia fahami, dengan menjunjung dan menghormati lapan (8) aspek berikut:
- Institusi Raja berperlembagaan.
- Perlembagaan Persekutuan.
- Kedaulatan undang-undang.
- Pembentukan kewarganegaraan.
- Budaya politik yang diamalkan.
- Sejarah negara, Sejarah kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia.
- Dasar-dasar kerajaan terdahulu, semasa, dan akan datang.
- Pelan-pelan pembangunan ekonomi terdahulu, semasa, dan akan datang.
RASIONAL KELUARGA MALAYSIA
Pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum. Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua. Konsep Keluarga Malaysia diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.
Justeru, seluruh warganegara adalah satu keluarga, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Ia merangkumi kesemua lapisan usia, sama ada anak muda, mahupun yang telah berusia. Keluarga Malaysia ialah satu entiti yang saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan.
NILAI & CIRI-CIRI
Play Video
Keterangkuman
Saling menghormati dan mengasihi sesama ahli keluarga
Play Video
Kebersamaan
Sentiasa mencari titik persamaan dalam segenap perkara
Play Video
Kesyukuran
Sentiasa bersyukur dan
berterima kasih

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia.”
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perdana Menteri Malaysia
22 Ogos 2021