#TanyaSaya
Saya sentiasa dekat dihati anda semua Keluarga Malaysia.
Kemukakan sebarang pendapat dan pandangan anda kepada saya.
#TanyaSaya
Saya sentiasa dekat dihati anda semua Keluarga Malaysia. Kemukakan sebarang pendapat dan pandangan anda kepada saya.
Kenali Saya
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (lahir 18 Januari 1960) dan dibesarkan sebagai seorang anak petani dan kini merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Saya merupakan ahli Parlimen Bera sejak tahun 2004 yang mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen Barisan Nasional.




Pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum.
Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.
Konsep Keluarga Malaysia diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.
Justeru, seluruh warganegara adalah satu keluarga, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Ia merangkumi kesemua lapisan usia, sama ada anak muda, mahupun yang telah berusia.
